Alhamdulillah setelah dekat 6 tahun lebih gak la bersara daripada tulis blog kini saya kembali lagi dalam bidang penulisan blog. Terlalu banyak mehnah dan tribulasi kehidupan terpaksa dihadapi dalam kehidupan sepanjang 23 tahun lebih hidup setakat ni dan Alhamdulillah sehingga hari ini Allah masih lagi mengizinkan saya hidup, serta memberi peluang buat diri ini untuk memperbaiki diri inshaAllah amiin allahumma amiin.
Sebagai muqoddimah bagi "comeback" bagi blog ini (alfusrai.blogspot.com) ini setelah "deactivate" dalam tahun 2011 atas alasan "xde idea nk tulis apa kat blog" buat pertamanya marilah kita sama2 merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana memberi peluang kepada kita untuk sama2 hidup di muka bumi Allah ini, serta menerima banyak nikmat di mana sesungguhnya kalau nak kira banyak mana nikmat yang Allah kurniakan buat kita maka sesungguhnya tidak akan terhitung jumlah nikmat itu (sebagaimana dinukilkan di surah Ibrahim ayat 34 dan surah An-Nahl ayat 18). Antara nikmat terbesar yang telah dikurnuiakan buat kita ialah nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah thummalhamdulillah. Serta selawan dan salam buat Rasulullah S.A.W. kerana berkat perjuangan baginda dan para sahabat dapat kita kecapi nikmat iman dan Islam sehingga hari ini. (mcm ayat muqoddimah tazkirah pulak hehe).
Sebenarnya dah lama dah plan nak aktif balik dalam penulisan blog ni (macam zaman muda2 dulu (cakap jela zaman sekolah dulu haha)). Dari tahun lepas lagi. Tapi atas alasan busy (cakap jela malas) dekat setahun hasrat nak comeback (la sangat) tu terbantut huhu. Dan Alhamdulillah hari ini dapat sedikit suntikan semangat untuk kembali dalam penulisan blog inshaAllah. Harap usaha ini tidak la terhenti setakat ini. Doakan kekuatan untuk saya berkongsi sedikit daripada ilmu Allah yang maha luas itu (surah al-Kahfi ayat 109, surah Luqman ayat 27) inshaAllah moga bermanfaat buat kalian.
InshaAllah untuk permulaan, blog saya ini akan terbhagi kepada beberapa segmen seperti:
- Alkisah (pasal pengalaman hidup, kenangan pahit manis semua la (sedikit flashback sebagai panduan kita semua inshaAllah)
- Tazkirah (general tazkirah)
- Sifat mahmudah
- Info2 (juga merangkumi isu semasa)
- Info jalan raya (antara minat saya ialah mengenai jalan raya)
- English corner (to improve my English performance inshaAllah)
- Lain2 (selain drp segmen2 di atas)
Akhir kalam, selamat datang ke blog saya. Moga bermanfaat buat kalian inshaAllah....
TINTA PENA AFK
18/1/2017
No comments:
Post a Comment